Saturday, August 22, 2009

sedikit dokumentari

AssalamualaikumWarahmatullahiwabarakatuh; *suara sengau sinyu*

Rakan-rakan, sudah sekian lama saya tidak melepaskan titisan titisan hitam di buku nota ini.
Seperti yang rakan-rakan faham, saya agak sibuk dengan kehidupan seharian saya.
Jadi saya tidak berkesempatan untuk menconteng arang di muka surat yang kosong.

Dengan perintah Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja,maka dengan ini, rakan-rakan, saya mengiystiharkan tarikh pertemuan kita semua jatuh pada 29 August 2009, bersamaan dengan 7 Ramadhan (berapa hijrah ?) *gelak sinus malu* sekian

Tapi. Itu hanya segeintir rakan-rakan.
fffuuuhhh *sambil geleng kepala*
Kehidupan di Uni memang sangat meletihkan minda, badan, dan mengurangkan tenaga.
Saya rasa, banyak lagi bukit-bukit di sini belom saya terokai. Jadi saya perlukan tenaga saya, untuk saya terokai dunia Uni. Pepohon-pepohon *oh maafkan saya* maksud saya pelajaran di sini memang sukar untuk dibandingkan dengan dunia yang sudah lama saya tinggalkan.

Jadi rakan taulan jangan sekali membazirkan tenaga kamu semua, kerana tenaga badan itu penting untuk menikmati alam yang banyak saingan nya.

Nampak gaya, masa memang cemburu dengan kita. Sampai di sini sahaja dokumentari saya. Mungkin kita akan berjumpa lagi. :)


Sekian.

No comments: