.Oh kehidupan college memang sangat memudaratkan, sehingga saya tiada masa lapang langsung untuk meluangkan diri menulis curahan hati disini. Saya fikir rakan sekalian pon begitu juga bukan? Saya teringin benar mendengar kabar serta gosip-gosip terhangat dari rakan-rakan sekalian. Saya sangat berharap rakan-rakan semua dapat meluangkan sedikit masa kat blog ni, menulis(menaip la sebenanye) sedikit sebanyak tentang diri rakan-rakan di kehidupan 'college'.
.Oh yah sebelum saya meneruskan lagi, saya ingin bersedekah Al-fatihah atas pemergian ibunda Nurul Hidayah Mohd Jamel(tak sangka saya masih ingat nama penuh beliau =D ) atau dikenali sebagai Dd. Saya tak dapat hadir pada hari pemergian Arwah, kerana saya pada hari tersebut saya berada dalam lab meneruskan perjuangan kat projek sains saya. Semoga Arwah Ibunda Hidayah dicucuri Rahmat.
.Baiklah rakan, banyak sangat kisah-kisah yang terjadi sepanjang saya menjalani kehidupan saya di sini, saya hadapi dengan tabah, dan saya ,mengambil nasihat-nasihat dari rakan sekalian untuk 'mengabahkan' diri. Oh untuk pertama kali saya mendapat 9/27 dalam Test 2(bio) kerana pada hari saya mengambil Test tersebut saya berada dalam jiwa yang sangat lemah. Ada konflik di situ, 2 hari berturut saya bertelingkah dengan 'housemate' kerana saya tidak sabar dengan perangai perempuan itu. Perempuan itu sangat menjengkelka, dia seorang yang sangat pengotor,(kalau mkn mcm babi.Babi pon pandai bersihkan diri lepas makan, mcm tu la kedasyatan pengotornya) dan apabila ditegur mengenai sikapnya itu, dia tidak dapat menerimanya. Kejadian itu memberi effect yang sangat mendalam kepada jiwa saya.habes. Oh tidak lupa, hubungan saya dan khai(Encik Unta) baik, tapi kami kurang komunikasi dan komitmen ='( .sedih. Tapi kami baik-baik. Kami ibarat merpati dua sejoli tapi satu merpati kat timur satu lagi kat barat. Dapat gambarkan tak? hihi. Saya selalu bertanya diri sendiri 'how can I love him so much, and didnt know how to love him?' aha.! weird. Any experience? .habes.
owwaits dearest, thats just it. Hope I can hear from you(s) soon. Happy fasting =D
kakyong
2 comments:
wah. skema! kakyong, pasal teguran rakan taulan itu, mmg biasa. kadang2 manusia tak nampak keburukan diri. lagi teruk, ada yang bila ditegur pun masih membutakan diri utk tengok their imperfections. tapi itu lah manusia, banyak ragam. harap kamu sabar ye. buat buta dan pekak je kalau dah tak boleh tahan dengan dia. dia adalah housemate kan? bukan roommate? hanya mahu kepastian. kalau roommate susah sikit nak ignore. saya hanya boleh simpati.
tentang hubungan cinta pula, jangan lah risau sangat. sentiasa ingat bahawa kamu berdua students and know your priority. ok? itu cara saya menabahkan diri. cheeeh. hehe. harap comment ini ada membantu sedikit sebanyak =)
-h.h
yO kak yOng!!gler skema r..nway, sadisnya cerita kamu~saya turut bersimpati.xsangka ade jgak org mcm ur housemate tu ek?keji giler!!huhuh..bw kte g jmpe die!~
-si gG besar-
Post a Comment